Saturday, June 27, 2009

PENGENALAN KEPADA KIMPALAN

  • Kimpalan ialah satu proses penyambungan logam. Penyambungan logam bermaksud dua logam disambung antara satu sama lain. Penyambungan boleh berlaku dengan melebur atau tidak melebur kedua-dua logam yang hendak disambung. Proses kimpalan dengan meleburkan logam dikenali sebagai kimpalan lebur, sementara kimpalan dengan tidak meleburkan logam dikenali sebagai kimpalan tidak lebur. Kimpalan Arka adalah jenis kimpalan lebur.


"-Kimpalan aRka-"



Meh..ramai - ramai tgk video nie best tau...hope u all enjoy..

KESELAMATAN DAN PERALATAN ASAS

Berikut ialah beberapa kelengkapan asas mengimpal arka:·



  • Berus dawai.·

  • Penggarit.·

  • Kapur kejuruteraan.·

  • Chipping hammer.·
  • Elektrod. .
  • Pemegang elektrod.
  • Kabel elektrik. .




  • Pelindung muka..
  • Pelindung Muka Pelindung muka diguna untuk melindungi mata dan muka pengimpal dari terkena percikkan arka. Ia juga melindungi pengimpal dari pancaranultra voilet yang boleh membahayakan mata.




  • Pemegang Elektrod...
  • Pemegang elektrod berfungsi memegang elektrod ketika kerja kimpalan sedang dilakukan. Awas dengan pemegang elektrod yang sudah longgar atau rosak. Ia mesti diganti untuk mengelak dari terkena kejutan elektrik.



  • Chipping Hammer ...

  • Chipping hammer diguna untuk membuang sangga/jeremang.Awas dengan sangga panas.







  • Elektrod...

  • Elektrod adalah satu dawai atau batang rod yang digunasebagai terminal atau pengalir kimpalan arka. Ia berfungsisebagai dawai pengisi atau rod pengisi.